Friday, June 10, 2016

Penang - Travel bersama keluarga May 2016 - Part 1

Cuti sekolah kali ni utk 1st time aku drive ke Penang ngn family..tp sebab ada anak kecik so tak banyak tempat aku pergi tp ternyata yg penting semua rasa enjoy dan berehat khususnya anak2...kami stay di Hotel Glamingo di Tanjung Bungah. 
Sila layar website ini untuk dapat informasi http://penang.flamingo.com.my .

Keadaan hotel bagus, bilik yang cukup besar untuk kami satu keluarga (2 room apartment), cuma dining area utk breakfast agak congested plus lif yg tidak berfungsi sepenuhnya...Kat sini adalah antara photo2 yg dapat aku kongsikan, selebihnya , korang explore sendiri laa ye...

Selain dari Bukit Bendera, Padang Kota, Jalan Gurney, aku banyak habiskan masa layan pantai ...next cerita (Penang 2) aku akan sharekan beberapa photo time aku fefiling ngan alam semesta.

Lokasi : Bukit Bendera (Penang Hill)
Details boleh terus ke http://www.penanghill.gov.my/ kalau nak check harga tiket ke dan sebagainya

time ni salah seorang anak pengunjung baru lepas kena serang ngan monyet liar di situ, so hati2 kepada yang ada ank kecil


Lokasi : Penang 3D Trick Art Museum , Georgetown
(The Penang Trick Art Museum, located at Lebuh Penang, Georgetown which is known as the UNESCO World Heritage Site)


Lokasi : Bukit Bendera di kawasan Astaka Bukit Bendera atau dikenali sebagai Cliff Cafe di mana kalau korang nak makan2 kat Bkt Bendera ni di sinilah tempatnya. Peniaga2 kat situ pun sangat peramah, teringat aku macam kat kat bus station zaman2 puduraya dulu..heheh
 Di bahagian bawah tu ada gak Owl Museum, kami tak sempat pergi sebab si kecil aku dah mengantuk tahap gaban, so aku boleh share kan contact je
The Owl Museum
Level B3, Astaka MPPP
Jalan Summit, 11300 Penang Hill, Penang
Phone: 04 826 5704


Lokasi : Bukit Bendera
Yang ni korang rasa apa... tahu kan ..so aku x nak citer banyak...hahah


Baby Amir Anaqi B Amir Asyraf - Majlis Aqiqah

wanhashim.mr





Sempena Majlis Aqiqah Anaqi ni sempat aku rakamkan aksi comel dia untuk simpanan dan kenangan. So kalau korang nak guna photography bajet roger2 aku IG : wanhashim.mr  https://www.instagram.com/wanhashim.mr/?hl=en
Semoga anak ni menjadi anak yang terbaik untuk kedua ibu ayahnya..amin...

Wednesday, May 25, 2016

Demi sesuap nasi....


Hidup di bandar lebih banyak cabarannya berbanding hidup di kampung. Aku memang orang kampung dibesarkan di kampung hanya bila belajar aku dicampakkan ke KL. So menghabiskan masa belia dan berumahtangga di Selangor. Bila bekerja seawal pagi dah keluar rumah dan balik rumah, matahari dah tenggelam. Masa bersama rakan pejabat lebih banyak berbanding bersama pasangan dan keluarga. Kasihan...tapi itu adalah pengorbanan..mungkin juga terkorban... heheh sebab tuntutan hidup.. nak bercucuk tanam , tanah tak seberapa... Hujung minggu pulak bg yg kurang bernasib baik terpaksa jugak bekerja...Justeru untuk masa yang sedikit hargailah setiap individu yang wujud di kalangan kita, penuhi setiap ruang yang ada secara berhemah. Sekadar pesanan untuk diri sendiri....

Monday, May 16, 2016

Masbro Village - Hotel Boutique Berwarna Warni di Melaka


Ada orang kata tempat penginapan ni ala2 hotel berwarna warni kat Australia Brighton Beach (aku belum pastikan lagi so korang siasatlah sendiri)..
Tempat dia memang menarik .. warna2 yang segar dan menarik.. (aku sempat tanya estimation cost untuk sebuah rumah tu including ID sekali about MYR70k..hahah manalah tau mampu leh buat sebiji ke 2 biji kat Kuala Selangor)..
Bagi yang nak pergi ada sedikit panduan kat bawah tu, tapi masa aku pergi the pool dalam pembinaan lagi... mgkin end of this year complete. So aku belanja gambar2 spt kat bawah ..





Maklumat Lanjut Masbro Village
Masbro Village ini baru saja dibuka dan berikut adalah info untuk tempahan:
  • Harga promo: RM250/malam
  • Boleh memuatkan sehingga 6 orang untuk setiap rumah
Kemudahan di dalam rumah:
  • Ruang tamu dengan sofa, TV dan meja makan
  • Dapur dilengkapi mikrowave, cerek, peti ais dan pinggan mangkuk, sudu dan cawan
  • 2 katil saiz queen di tingkat atas, dan 1 katil sofa di tingkat bawah
  • 2 penghawa dingin
  • 2 bilik air dengan pemanas
  • Ruang parking
  • 5 minit berjalan kaki ke Tesco Cheng Stadium Hang Jebat
  • 7km ke bandar Melaka
  • 6km ke Ayer Keroh
  • 12km ke Tg Bidara
  • No tel untuk tempahan : 0123704038

Cuma ada beberapa perkara yang kurang best:
  1. Parking lot jauh di luar kawasan berpagar (main entrance), so bila hujan ada peluang untuk  bermain hujan (basah)
  2. Tangga yang sempit dan curam. So untuk yang bersaiz XL or XXL tu agak kurang sesuai nak lepak kat tingkat atas. 
  3. Masa aku datang tiada apa2 kemudahan, tp mungkin kolam yang dlm pembinaan akan jadi more attractive.

Friday, May 13, 2016

Anggun Zara.. sepetang bersama talent baru :)



Selepas menjalankan urusan terakhir di LHDN Cyberjaya semalam, bersama talent yang setia mengikut aku berurusan dengan jabatan kerajaan ni..kami terus ke  Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya  http://kelabkomuniticyberjaya.weebly.com/facilities.html untuk selesaikan program yang dirangcang.
Hanya dengan jubah dan scarf anggun zara https://www.facebook.com/AnggunZara ..kami sempat shooting yang mana patut.



Hanya beberapa photo je..selebihnya hanya simpanan peribadi..setelah selesai kami bergegas balik untuk elakkan traffic...

Tuesday, May 10, 2016

Taman Botani Putrajaya

Driving dari Puchong ke Putrajaya bukanlah lama sangat tp ni merupakan first time aku jejakkan kaki ke Taman Botani ni..hahah
In case nak tengok lebih banyak cerita pasal Taman Botani ni..sila ke link ni
http://www.malaysiavacationguide.com/tropical-botanical-garden.html

Tujuan aku ngn sorang geng untuk saja tinjau kot ada yang menarik kat sini

Colourful ...

Sesuai untuk jogging or cycling

dan nampak macam menarik tapi tak tahulah kalau ada
yang dah cuba masakannya... aku tak try

Cycling memang awesome

Dan ada gak yang buat photoshoot untuk wedding...

Monday, May 9, 2016

Mitsui Outlet Park KLIA Sepang

Seingat aku, dalam 30 min je dari Puchong, saja buang2 masa dan duit petrol, kami sekeluarga jalan ke sini, cuci mata tanpa menduga aku gak mencuci poket untuk sedikit lunch di sini..aku memilih restoren PADI sebab tak ramai orang... memang "hobi" aku tak suka makan di tempat yang crowded. Sebelum dan selepas makan tu memang adatlah untuk aku abadikan sedikit pic. muka2 permata hati aku... mana tau kot ini kali terakhir aku jejakkan kaki di sini....



Mitsui Outlet - Food Court


Abang teringin gak nak pose depan MITSUI ni....



Sempat mama bagi sesi kaunseling untuk Abang...