Monday, May 16, 2016

Masbro Village - Hotel Boutique Berwarna Warni di Melaka


Ada orang kata tempat penginapan ni ala2 hotel berwarna warni kat Australia Brighton Beach (aku belum pastikan lagi so korang siasatlah sendiri)..
Tempat dia memang menarik .. warna2 yang segar dan menarik.. (aku sempat tanya estimation cost untuk sebuah rumah tu including ID sekali about MYR70k..hahah manalah tau mampu leh buat sebiji ke 2 biji kat Kuala Selangor)..
Bagi yang nak pergi ada sedikit panduan kat bawah tu, tapi masa aku pergi the pool dalam pembinaan lagi... mgkin end of this year complete. So aku belanja gambar2 spt kat bawah ..





Maklumat Lanjut Masbro Village
Masbro Village ini baru saja dibuka dan berikut adalah info untuk tempahan:
  • Harga promo: RM250/malam
  • Boleh memuatkan sehingga 6 orang untuk setiap rumah
Kemudahan di dalam rumah:
  • Ruang tamu dengan sofa, TV dan meja makan
  • Dapur dilengkapi mikrowave, cerek, peti ais dan pinggan mangkuk, sudu dan cawan
  • 2 katil saiz queen di tingkat atas, dan 1 katil sofa di tingkat bawah
  • 2 penghawa dingin
  • 2 bilik air dengan pemanas
  • Ruang parking
  • 5 minit berjalan kaki ke Tesco Cheng Stadium Hang Jebat
  • 7km ke bandar Melaka
  • 6km ke Ayer Keroh
  • 12km ke Tg Bidara
  • No tel untuk tempahan : 0123704038

Cuma ada beberapa perkara yang kurang best:
  1. Parking lot jauh di luar kawasan berpagar (main entrance), so bila hujan ada peluang untuk  bermain hujan (basah)
  2. Tangga yang sempit dan curam. So untuk yang bersaiz XL or XXL tu agak kurang sesuai nak lepak kat tingkat atas. 
  3. Masa aku datang tiada apa2 kemudahan, tp mungkin kolam yang dlm pembinaan akan jadi more attractive.

No comments:

Post a Comment